Friday, March 25, 2011

Sekolah Oh Sekolah

1995- aku mula memasuki Pra Sekolah di SK Awat-Awat Sundar.. Kuat nangis la aku masa ni..Hu3x.

1996-2000- Aku sekolah rendah d SK Awat-Awat, banyak kenangan yang aku dapat masa sekolah rendah ni.. Best la juga, aku pun x tau mcmana keputusan akademik aku semakin meningkat selepas darjah tiga.. Di sekolah rendah ni aku mula kenal erti persaingan belajar dengan 3 kawan ni.. Top 4 dalam kelas.. kami selalu tukar tangga 1- 4...

2001-2002- Aku mula masuk SMK Sundar.. kat sini, aku dapat pengalaman baru, iaitu mula belajar 'escape'. hari ke 3 sekolah dah mula lari.. Itu pun kantoi kena Psiko.. Huhuhu... masa ni aku kurang bergaul kat sekolah.. pemalu kot...Hahaha.. Masa ni aku paling x suka subjek PI dan PS... Selalu je kena hukum tiap waktu kelas.. kes malas dan tak tahu la kan..

2003-2005- aku mula pindah SMK Limbang... Mula2 masuk Kelas 3G.. kelas mmg banyak dari A sampai K kot...huhuhu.. corot nyer kelas aku... subjek aku meningkat waktu ni PI... aku pun x tau mcmna aku bleh tau pasal subjek PI waktu ni..Semasa tingkatan 4 aku masuk kelas D.. Kelas sains.. seronok juga kelas kami ni.. Dipindahkan pula atas bukit... Entahlaa...gara2 sekali x datang kelas EST, aku terus dicampak ke kelas bawah bukit 4E... aku sama ngan mijul mmg senasib laa... Hmmm... Bulan 7 tu kami ditendang... masa ni la kami dah mula xda selera nak belajar...Kesian...

Dah tingkatan 5, kami mula pasang azam balik, kami xnak sia2 kami pergi sekolah selama 11 tahun... Never.. Klu kami gagal bagus dari dulu lagi jadi Nelayan terus... Buat abis duit keluarga jer klu kami gagal. Jadi kami mula berazam belajar dengan baik.. Waktu di SMK Limbang pun masih lagi berada tahap pemalu... x suka bergaul dengan orang2 baru...

2006-2007- Mula la aku belajar ke SMK Kubong... Memori paling aku x lupa adalah hari pertama aku masuk sekolah.. Entah, aku rasa macam sekolah ni dekat jer dengan hati aku... Macam akan posting kat sini jer masa akan datang... Mula2 sampai sekolah dah aku mula kenal ramai orang.. Motivasi lepas PLKN la katakan... Aku dah mula aktif kat sekolah ni, aku jadi pengawas la.. Siap join jadi peserta sukan untuk rumah Hijau lagi tu untuk acara 5000 meter lelaki.. Memang aku lari sampai habis 5000... Lambat atau sampai aku dah capai matlamat untuk ke garisan penamat.. X lama berehat terus berentap untuk acara 3000 meter berhalangan... 1 kali pusing jer aku dah 'parking' kat kem rumah sukan hijau... hahaha.. letih bangat deiii...

Kat sekolah ni juga aku mula masuk ke asrama semula, banyak kawan aku dapat, banyak ragam aku lihat, banyak kenangan yang aku dapat dan kenangan kat sekolah ini hampir setanding dengan kenangan 5 tahun aku sekolah dari tingkatan 1-5...

2008-sekarang, aku masih kat UPSI... kat sini lagi la banyak pengalaman aku dapat..

Kesimpulannya, aku menulis hanya untuk mengulit kenangan... cheewah.. saja gatal tangan dah menaip saat kepala aku dah kusut.. saat aku sentiasa bersendirian dalam bilik ni... Dalam sehari berapa lama jer aku bergaul...

Ada sesiapa nak bagi aku Cokelate Choki2 x??? hahaha.. Stress laa.. tapi sayangnya aku xnak makan lagi benda mcm tu atas beberapa alasan.. salah 1 alasan adalah aku dah dua kali cabut gigi... dan pernah aku menderita selama 2 minggu sakit gigi...huhuhu...


Terima kasih buang masa korang untuk baca kisah sekolah ku...hahaha..

Apa2pun... sekolah terawal aku adalah dirumah iaitu bapa, mama,nini hj Matzin, arwah nini hjh halus..arwah nini hjh liah,yang ajar aku... mereka ni la yg banyak mendidik aku masa aku kecil...

No comments:

Post a Comment