Sunday, April 17, 2011

Bermula Kita Di Sini (SMK Kubong) siri 3


Hihihi, macam banyak siri pula kisah kat sekolah ni..haha, sekarang aku nak cerita pula kisah aku kat asrama.. Klu nak cerita habis memang alamatnya tak cukup jari nak taip..Hihihi.
Kisah aku di asrama SMK Kubong ni bermula dengan hari pertama aku masuk asrama, waktu itu aku baru saja keluar PLKN. Jadi aku dah terbiasa dengan gaya hidup dalam kem. Aku buat susunan kawasan tidur aku seperti PLKN.. Hahaha, siap ditegur oleh Wilson, dia kata "ni bukan PLKN la.." Hahaha, ketawa saja kami.. Lepas tu malam pula untuk turun ke kelas malam, aku dah rasa nak pakai kasut dah malam tu, Wilson cakap x perlu pakai kasut. Aku bleh tanya balik, x kena marah ke kalau pakai selipar. Hahaha, memang dilanda bahana PLKN betul laa...
Di asrama aku dilantik menjadi salah seorang pengawas. Untuk tahun pertama tu kira ok lagi perangai aku. Hihihi, Masuk tahun kedua itulah paling teruk.. Hahaha. Bayangkan pukul 6.30 orang dah mesti ke tapak perhimpunan, aku pula baru nak mandi. Dah tu macam tak berdosa slumber saja aku bersarapan dekat dapur dewan makan tu. Hahaha.. Beberapa kali juga aku kantoi ngan ketua warden. Dia kata nak hukum aku buat kerja amal waktu petang, petang tu aku x muncul2 depan dia. Hahaha, Ketua warden siap cakap, saya x tau nak buat apa dengan kamu ni..Hahaha, Kamu sepatutnya jadi contoh, mcmna ni? Hahaha. Kesian ketua warden dapat pelajar macam aku ni.
Bukan apa, ada kisah juga aku dengan ketua warden asrama kami, yer laa, asal aku nak minta balik kampung jer, bukan dia nak benarkan. 10 kali aku minta kebenaran, 10 kali tu juga dia akan bagi tugas. Hahaha, Bukan dia nak benarkan balik kg pun.. Itu yang aku suka buat perangai tu.. Hahaha, tapi ketua warden suka bagi saya tugas sebab selalu terlaksana saja dengan bantuan kawan2 semua..
Lain kali lagi kita sambung ya, aku tengah layan blog ni kat LCCT, nak balik kg. Dah tu limited pula wifi ni.. Jadi mau online lain pula.. Hihihi
Saksikan update akan datang.
P/s: Jangan ikut perangai saya kat sekolah tau.. Mudah2an sy x jadi ketua warden kat sekolah pada masa akan datang..HAhahaha

Thursday, April 14, 2011

Bermula Kita Di Sini (SMK Kubong) siri 2



Bersambung pula cerita ni ya...hahaha, ok terus masuk laa kepada kisah di sekolah ni.. Benda yang awal aku cerita bagus kenangan dalam kelas la. Hihihi, peringkat permulaan, kami didalam kelas duduk seperti susunan biasa dan aku duduk dimana a? lupa... cerita2 tapi lupa.. Yang aku ingat kami ada buat susunan meja ngan kerusi cara yang lain, kami buat susunan yang lain dari kelas lain.. tapi selesa la untuk kami belajar.. Seingat aku, guru kelas kami miss May... hihihi.. Masa tingkatan 6 bawah tu aku macam lupa mcmna sebenarnya keadaan kelas kami.. yang aku ingat, susunan kelas kami mmg x sama macam kelas lain, ntah sejak bila lepas tu kami ubah susunan seperti biasa mcm kelas lain.. Malas la nak cerita pasal kedudukan meja..hahaha..
Masuk kisah dalam kelas, aku paling x lupa saat kelas MUET.. huhuhu..selalu je miss may marah kami. Lagipun bab bahasa English ni mmg aku kalah.. asal kelas muet jer aku akan rasa seram..haha.. Masa kelas 6 bawah ni banyak la jua pengalaman aku dengan rakan sekelas.. tapi macam aku lupa udah.. harap2 ada kawan cerita karang balik cerita 6 bawah ni..
Kisah 6 atas saja la..huhuhu, malas jua sudah cerita, kalau x silap masa 6 atas, aku dah pasang azam tahun baru untuk duduk tempat paling depan sampai hujung tahun. Aku mau capai matlamat aku dengan jayanya.. jadi aku duduk dengan Fadarus.. Dia komitmen terhadap pembelajaran. Jadi aku duduk sebelahnya.. Entah, pada suatu hari ada masalah dalam kelas, aku duduk di belakang. Tak tahu la aku duduk berapa jam, kemudia kawan kat sebelah cakap, yus kau terus duduk sini sajalah ya.. Huhuhu, aku pun angguk saja. Jadi sehingga hujung tahun aku duduk paling belakang.. apa lagi, kalau dah belakang2 duduk, aku jadi kaki tidur dalam kelas.. Beberapa kali cikgu tegur.Hahaha,
Paling aku x lupa kawan sekelas selalu buat kecoh, Faizal. Memang lah kalau dah dalam kelas, kawan ni selalu saja buat lawak. Ada2 saja benda mau dijadikan lawak di dalam kelas. Kalau dah jumpa kawan ni mesti mau gelak saja, Tapi dah memang kegilaan kami la, sampai sekarang kalau jumpa ada saja benda nak dijadikan lawak. Benda x lawak pun jadi lawak..Hihihi.
Cerita pula pasal cikgu, Aku paling suka ingat kata2 cikgu. Cikgu Ngu akan cakap "masuk U sungguh seronok, Bayangkan kita masuk U"..hahaha.. Tiap kali kelas cakap pasal U. Kalau cikgu Dyg Arnah selalu cakap kami ni pelajar tua.. "dapat hujung pangkal lesap"..hihihi.. Mcm2 ragam cikgu kami ni..buat kami gelak dan bersemangat.. Walaupun mereka melucukan tapi mereka semua adalah pendidik yang menjadi Idola saya..Hihihi.. Paling best bila dah masuk Cikgu Karimah, antara cikgu yang paling sporting dan bersemangat..Hihihi.. Sayang Cikgu semua.. Terima Kasih Cikgu..
P/S:Aku menulis waktu mengantuk dan stress ni.. Ku taip saja tah asal lapas..Hahaha.. Jangan marah....



Wednesday, April 13, 2011

Bermula Kita Di Sini (SMK Kubong)


Bermula kita di sini, memang betul seperti lagu sekolah ini, di sekolah ini juga la aku bermula untuk mencapai semua matlamat dan impian yang aku inginkan. Bermula di Sekolah ini, aku mula menjadi pelajar yang aktif, bermotivasi dan banyak permulaan bermula disini. Tidak kira daripada sosial, fizikal, budaya akademik dan sebagainya. Hehehe, kalau ikutkan, memang banyak lagi kisah kat sini.
Bermulanya aku melangkah ke Sekolah ini adalah pada hari ahad, hari itu cuma berbincang dengan ketua warden berkaitan penempatan aku di asrama. Hari isnin, hari pertama aku jejak kaki ke sekolah ini, aku pergi ke ruang serbaguna dan di sana aku membaca papan tanda yang bertulis. Aku baca dan semakin bermotivasi diri ini dibuatnya. Aku pun pergi ke pejabat PKHEM untuk ketahui kelas aku dan diwaktu itu aku memilih kelas perniagaan. Sebab memang aku berminat. Jadi, aku cuba mencari kelas 6B4.. Setelah sampai kelas, kali pertama masuk kelas itu betapa sayunya hati melihat kawan2 bergaul sesama sendiri dan kelas tidak begitu ceria.. Hahaha, aku mula lah bercerita ngan kawan2 yg lelaki, kebetulan aku dah kenal Faizal.. Huhuhu.. Jadi, aku duduk di sebelah Aman.. Masuk pula cikgu Elly, dia tanya kenapa aku pilih kelas itu? Mesti sebab kawan dengan Aman kan.. Lepas tu aku tanya balik kat cikgu, siapa Aman tu cikgu? Hahaha, Aman sebelah aku la, aku bawa bercerita tapi x tanya nama langsung..keh3x.. Kalau x silap aku hari pertama ini cikgu kaunseling masuk kelas.. Mula itu la aku minat bidang kaunseling..kah3x.
Masih lagi hari pertama, masuk pula cikgu Dyg Arnah.. Dia mula mengajar kami PA.. Jadi cikgu pun tanya soalan ciri-ciri sebuah negara.. Saya terus menjawab sebab dah belajar semua tu waktu PLKN.. menjawab dengan penuh yakin.. Dah selesai bincang, cikgu tanya dalam semua ciri tu, yg mana paling penting? Saya pula cube bertegas menjawab semua penting dan jika kurang salah 1 maka itu bukan sebuah negara.. Huhuhu.. Berlawan sekejap dan selepas tu saya akur dengan pendirian cikgu.. Saya pilih daulat yang paling penting.. Tapi salah sebab cikgu cakap, yang paling penting adalah RAKYAT sebab rakyat yang akan cari tanah, bina kerajaan dan daulat..hihihi.. Ingat lagi cikgu kata nampak aura kelas kami tapi dia kata jangan "hangat-hangat tahi ayam jer" hahaha...
Kemudian, mula lah pula untuk mengenali kawan2 di dalam kelas, bermula dengan lelaki, kemuadian perempuan. Perempuan 1 kelas aku x tegur, tapi adalah kisah ngan kawan lelaki, aku cakap la, senang jer nak kenal dengan perempuan, tanya jer la terus nama.. Lepas tu mereka suruh saya buat, jadi saya tunjuk la kat mereka.. Tapi mereka x puas hati dan tunjuk lagi kawan yang lain.. Hahaha.. Aku pun apa lagi, pergi jer laa.. mereka pun dah cabar.. Jadi aku pun berkenalan dengan kawan 1 kelas yang mereka pilih.. Kawan yang dianggap susah untuk diajak berbual kerana nampak macam skema jer,,hihihi. sebab kawan ni dia baca buku wlupun belum pernah ada kelas dimulakan sebelum tu.. Dah tu x nampak bergaul pula.. Itu yang membuat kami takut2 untuk tegur.. Tapi saya berjaya juga tegur dan bercerita panjang dengan dia. Ingat kata2 kawan lelaki " lepas ni x berani lagi kami mau cabar orang lepas PLKN ni.." hahaha..
Rasanya cukup laa aku ceritakan kisah hari pertama aku masuk sekolah ni...
P/S: Ingat lagi aku set up kawasan tidur aku kat asrama macam PLKN, tuala lipat hujung katil, kasut susun bawah katil...Hahaha.. dan wilson tegur, ini bukan PLKN laa..Keh3x

Wednesday, April 6, 2011

Sekolah Menengah Aku..


Hmm, SM aku yg pertama adalah SMK Sundar. Semasa bersekolah di sini, aku adalah pelajar sesi petang dan aku tinggal di asrama untuk Tingkatan 1.. Kenangan permulaan sekolah adalah escape dari sekolah pada hari ke 3 aku mula bersekolah... baru2 nak esacape kan..kantoi juga bila kena psiko oleh cikgu..huhuhu.. Semasa berasrama ni la aku mula byk bergaul dengan orang terutama sekali kaum Lun Bawang.. Seronok berkawan dengan mereka.. Hahaha, siap dipelawa makan B*B*.. Tp aku x terima sebab aku dah syak awal2 dah..lagipun mereka x paksa.. Dekat sekolah ni juga aku belajar buat lastik, makan kelapa sawit bakar. Kami buat lastik sebab ada kecoh pasal 'pengait' iaitu orang yang dikatakan memotong kepala orang tujuan untuk dicampurkan dekat bangunan,.. Sampai sekarang aku x tahu ni cerita betul ke tidak sebab dalam media xda pun..huhuhu. Semasa tingkatan 1 ni, aku dapat anugerah pelajar cemerlang tingkatan 1B.. bangga gitu..haha.. Macam tak percaya saja sedangkan setiap minggu ada saja hukuman diterima, jalan itik adalah hukuman utama untuk aku.. Hahaha,
Semasa tingkatan 2, aku dah x tinggal di asrama. Jadi aku mula pergi ke laut dalam pukul 4 pagi dan balik dalam pukul 9. Selepas balik bersiap la aku untuk ke sekolah..lumayan juga pendapatan aku waktu tu.. Tapi yang pasti pelajaran aku semakin merosot..huhuhu.. Pergaulan dengan kawan pun dah makin menjadi2.. remaja baru kan..huhuhu..kuat melepak. Sampai waktu nak exam, aku dah x dibenarkan turun ke laut lagi..sedihnya tapi ada kebaikan mak aku buat mcm tu.. hihihi.. Kalau x silap semasa tingkatan 2 ni pernah juga aku escape lagi dengan kawan2, kami x balik rumah tapi kami melihat orang belajar silat.. Minat juga ni dengan silat..hahaha.. Harap2 jangan diikut perangai buruk aku ni..

Seterusnya adalah SMK Limbang, Hahaha, Smk Limbang ni aku mula bersekolah semasa tingkatan 3, asalnya mak aku suruh bersekolah d SMKSPL. Tapi pengetua kat sana kata sekolah dah penuh.. Aku yakin pengetua x terima sebab melihat penampilan rock aku.. rambut panjang, pakaian seragam hitam..huhuhu.. Jadi lepas ditolak aku gunting rambut, masuk SMK L..hihihi, kat sekolah ni banyak juga kenangan kelas dan rakan2.. Tingkatan 3 aku kelas G, memang kelas bawah la, hahaha, kelas ni yang bestnya memang nakal, sampaikan dua orang cikgu kami sakin tahun tu..Ganas sangat ke? hahaha. Nasib2... Paling x bleh lupa seorang kawan ni, tiap2 hari ada je telatah menggelikan hati, yang pasti kalau masa nak balik, belum lagi masa tamat dah pegang beg berdiri x jauh pintu..kata van sekolah nak jalan sudah..hahaha.. Tapi dugaan untuk aku juga la sekolah kat SMK ni, sebab pengangkutan keluarga xda, terkadang jalan kaki juga aku jawabnya dari sekolah ke rumah.. Jarak aku x pasti, mau setengah jam juga jalan kaki.. Semasa tingkatan 3 ni, selalu juga aku akan turun ke bandar lepas sekolah, ganti shift ngan ayah aku, jual ikan kat pasar..
Masuk pula tingkatan 4, aku dinaikkan kelas..aku dapat kelas D, kelas sains tu, aku ambil akaun, kimia dan biologi.. Memang kira minat juga la dengan subjek ni..hihihi..Semasa dekat kelas D ni laa juga seronok aku rasa, sebab kategori kelas pandai, lepas tu bila kelas dah atas bukit, campur ngan budak sekolah rendah, kantin waktu rehat x perlu berebut nak beli barang makan..hihihi, sayangnya dalam bulan 7 aku ditendang ke kelas sastera, kelas 4E.. Hmmm, berputus ada juga aku bila ditendang, aku dah x mau nak belajar betul2.. Kesalahan aku buat pun sebab x datang kelas EST jer sekali sebab memang aku xda kenderaan.. Kalau cikgu tu x suka mcm2 la alasan dan cara kan nak singkirkan student.. Cikgu ni pun 1, boleh2 pula dah jumpa balik selepas 2 tahun dia x ingat sy merupakan pelajar yg dia tendang..Hmm...siapalah aku di hatimu cikgu..
.Kemudian Tingkatan 5, aku xnak cerita panjang, motivasi makin naik dah, semangat nak belajar semakin tinggi, hahaha, pelajaran semasa tingkatan 4 aku belajar dengan mijul secara sendiri, aku mula makin serius belajar, siap pinjam buku tingkatan 4 kat cikgu..hahaha.. semangat tu... Cuma yang menghampakan aku guru sejarah aku yang cepat tewas dan putus asa, sebab kelas kami pun antara yang nakal, jadi sebab x tahan, kira2 3 bulan jer cikgu tu masuk, seterusnya lesap entah kemana.. Kesian pelajar2... Kalau nak jadikan contoh pula cikgu matematik aku ni, aku dah x tau buat matematik, jadi aku xnak buat, tiap2 hari dia bagi kertas soalan kat kami semua, kami x jawab.. setiap kali masuk kelas mesti macam tu juga cikgu tu.. sehingga kami sendiri tersedar betapa mulianya cokgu, x jemu2 memberi walaupun x kami hargai.. selepas tersedar, apa tugasan cikgu tu bagi aku buat.. Alhamdulillah Matematik aku buat julung kalinya lulus..hahaha...dibawah ni logo SMK Limbang.


Aku rasa sini jer dulu, panjang pula nanti penulisan, lepas ni mungkin aku akan masuk kisah aku di SMK Kubong la pula, dari awal sana sampai akhir kat sana.. Mungkin lagi panjang dari kisah ini..hahaha, Tapi satu masa aku x lupa kisah SMK Limbang ni adalah aku main kejar ngan pengetua.. Maafkan saya tuan pengetua sebab terlampau nakal satu ketika dulu..hihi