Sunday, March 21, 2010

Kakak oh kakak..

Dah lama rasanya wira tidak menulis dalam blog ni.. Sekarang kita akan ikuti kisah wira dalam bahaya seterusnya. Kisah ni antara wira dan kakaknya..
Semasa kecil, antara orang yang paling rapat dengan wira adalah kakak, meraka ni memang suka tinggal di rumah datuk mereka, pada suatu hari, wira dan kakaknya pergi mandi di sungai dekat ngn rumah datuk. Waktu tu air memang dalam. Kalau x silap wira berumur dalam pra sekolah ke atau darjah 1. Masa tu wira dan kakaknya masih lagi tidak mahir berenang. Semasa seronok2 mandi, kakak wirahampir2 terlemas, dan masa tu kami mmg tidak jauh dengan tangga. kakak wira mungkin hilang kawalan masa tu. Terlepas dari tangga kan.. Jadi, untuk menyelamatkan diri, kakak wira ni pun menaiki badan wira, dia berjaya timbul manakal wira pula tenggelam. masa tu rasa separuh mati wira. Alhamdulillah umur masih panjang, wira dan kakak sempat berpaut pada tangga. Masa tu memang kami sama2 takut. Apapa2pun, wira sayang kakak. Kenangan tu jadi kenangan lucu pula sekarang.

Moral: janganlah dibiarkan sangat budak2 yang kecil. Kita tidak tahu malang yang datang. Sebelum terkena kena berjaga2. Jangan nasi dah jadi bubur. Budak2 tidak tahu berfikir dengan betul. Nasib umur panjang, dua2 terselamat..