Monday, December 26, 2011

Kisah sebuah REUNION.

Dalam satu majlis reunion, aku merasa seronok kerana berjumpa dengan kawan2 aku semua yang pernah belajar sekali bersama ku. Kami makan bersama, kami minum bersama, kami bergelak ketawa bersama sambil mengenang kembali kisah yang telah kami lalui bersama.

Kegembiraan terbayang diwajah semua yang hadir. Aku merasa gembira melihat wajah kawan2ku setelah sekian lama tidak bertemu. Dalam pertemuan kami semula, kami memakai pakaian uniform sekolah. Kemungkinan tema ini ditentukan kerana kerinduan kami semua dengan zaman persekolahan kami yang begitu indah. Sepertinya zaman itu, kami adalah insan bertuah yang bebas dan tidak memikul banyak tanggungjawab yang besar. Zaman persekolahan kami juga terlalu banyak kenangan manis, kenangan yang membuat kami kerinduan, gelak sendirian dan selalu mencuit hati.

Dalam aku meraikan hari yang gembira bersama kawan, hatiku terdetik bahawa seorang kawanku tidak datang. Hatiku seakan-akan lega saat itu. Aku memandang ke pintu, aku berfikir sendirian, pastinya kawan aku ini tidak datang kerana perasaan bencinya yang terlalu kuat terhadapku. Aku sendiri merasa pelik kenapa kami seperti bermusuhan. Kenapa tiba2 kawanku membenci diriku. Aku merasakan, biarlah dia tidak ada saat reunion kami, kerana aku sudah seakan2 tidak sanggup lagi berdepan dengan orang yang membenciku dengan kuat tanpa aku ketahui puncanya.

Sekali lagi, aku melihat ke pintu, aku ternampak bayangan yang aku kenal, bayangan seseorang yang akan aku kenal walaupun jarak jauh, walaupun dari belakang dan seseorang yang aku akan dapat rasakan kehadirannya walaupun tidak melihatnya. Tiba2 aku terkejut kerana orang itu adalah kawan aku.. Aku melihat dirinya memandang ke arahku. Aku melihat raut wajah dan matanya. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya tanpa aku fahami.

Aku tidak sanggup melihat raut wajah dan matanya. Aku merasakan bahawa hati aku semakin terluka kerana dia membenciku tanpa ku ketahui sebabnya. Aku cuba mendongakkan kepala, namun aku tak berdaya. Mengapa kah aku jadi begini?? Mana dia keberanianku? Mana dia keyakinan diriku?? ke mana semuanya hilang?? Kenapa aku menjadi begitu dengan kemunculanmu???

Tiba2 sahaja, aku tersentak dan mataku terbuka. Rupanya aku hanya bermimpi. Aku hanya mendiamkan diri di atas katilku. Hatiku pun berkata, mimpi rupanya. Namun, SAYU mula melawat hatiku tanpa diundang dan disangka.

Tuesday, December 13, 2011

Pertemuan dan Perpisahan


Pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu pasti(Jep Sepah). Ramai juga mengatakan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi dalam kehidupan, kita tak akan dapat lari daripada semua itu, banyak pertemuan yang telah kita alami dan banyak juga perpisahan yang kita hadapi. Dalam pertemuan kehidupan saya di Universiti, kali ini saya akan menghadapi perpisahan dalam masa yang terdekat. Kira-kira sebulan lagi, saya akan berpisah dengan warga UPSI, kawan2 pendidikan Khas UPSI, kenalan di UPSI, pensyarah2 di UPSI dan juga yang aku sayangi, keluargaku warga SEARAH.
Dalam menghadapi saat ini, perasaan akan menjadi bercampur-baur dimana untuk meraikan tamatnya pengajian ISMP, tamatnya kehidupan yang penuh ujian dan dugaan, kembalinya diri kepada keluarga yang selalu dirindui saat berjauhan akan disertai dengan perasaan duka iaitu perasaan menghadapi sesuatu PERPISAHAN.
Kepada semua yang dikenali, diriku ingin memohon seribu kemaafan dengan penuh keikhlasan jika ada ku lakukan kesilapan tanpa ku sedari dan aku menyedarinya. Halalkan makan minum dan segala apa2 benda yang aku terpakai dan pakai atau gunakan...
Dalam sebuah pantun, Kalau ada jarum yang patah , jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan didalam hati.

Dengar sini teman2
kata2 buat pedoman
kalau salah oh maafkan
dalam hati jangan simpan.

Ku bicara soal teman,
kata2 buat panduan,
pensyarah kita beri ajaran,
ajarannya jangan diabaikan.

Kenapa oh kenapa terjadi pertemuan
kerana oh kerana UPSI.
Kita kawan jangan lawan
sampai nanti berjauhan.

Kenapa oh kenapa terjadi perpisahan
kerana oh kerana takdir Tuhan,
Kita kawan jangan lawan,
Sampai nanti berjauhan.