Aku dilahirkan pada 13 oktober 1988. Aku tak berapa ingat lah zaman kanak-kanak. Yang penting aku sempat juga melalui zaman kanak2 aku d Kg Limpaku Pinang Limbang. Selepas itu keluarga aku berpindah ke Kg Awat-Awat Sundar, Lawas. Tempat asal bapa aku la ni.
Aku dari kecil lagi suka tinggal bersama datuk dan arwah nenek.. Mereka yang banyak ajar aku pasal kehidupan, cuci pakaian, memasak, ke kebun, berdagang dan sebagainya.
Jika di Kg Awat-Awat pula, aku suka bersama arwah nenek Hjh Liah,aku selalu tengok arwah nenek buat kerja dia, buat kuih, kubal, sagun, wajid dan belacan.. Hehehe. Kerap juga la aku pergi tumbuk belacan bersama arwah nenek.
Nak cerita aku ni nakal waktu kecik memang x nakal.. selalu dibuli..kuat nangis, anak manja..wawawawa. Siap kena kutuk "kami nak Kaduk" menurut cerita bapaku, dia kata masa kecil aku digunting botak dan ditinggalkan jambul kat depan. Macam cerita Pak Pandir tu, ada c Kaduk yang kecil tu..hihihi.
Masa kecil aku lebih banyak aku luangkan di Limbang, masa kecil juga la aku rapat ngan kakak aku ni..walaupun aku lupa apa benda kami main masa kecil, dia banyak ingat, kisah aku lemas dia selamatkan, kisah mandi waktu air surut.. Macam2 laa.. belum masuk cerita hantu2 masa kecil.. Banyak sangat...
Yang aku x dapat lupa masa kecil adalah aku kena buli oleh dua orang abang aku ni..teruk betul mereka membuli.. EEEeee..geli aku nak cerita.. Dari mana la mereka belajar semua tu sampai buat kat aku mcm tu.. Jahat juga mereka masa kecil.
Dulu aku ni selalu jer dibuli, nak lawan balik x pandai lawan.. Lawan balik pun konfom nangis juga.. Adui...zaman kanak2 yang x berapa menyeronokkan apabila selalu dibuli... Klu aku ada anak aku x benarkan dia kena buli "abah ajar silat ya nak" keh3x...
Apa2pun, kenangan waktu kecil adalah satu harta yang paling berharga untuk dilupakan walaupun ia sesuatu yang hitam dalam hidup.
Permainan yang x dapat dilupakan pun banyak dan banyak juga permainan yang kanak2 zaman sekarang x dapat lakukan..
Aku main taip jer ni,... cerita tak tersusun, suka hati aku jer nak cerita, blog aku...wawawawa
Play Now Lucky Club Casino site【2021】✓No Download
ReplyDeleteLucky Club Casino ✓ Online Casino Games ✓ Mobile ✓ Casino Apps ✓ Best Welcome 카지노사이트luckclub Bonus and promotions. Lucky Club Casino ✓ Play Now Lucky