Thursday, March 31, 2011

Kenangan Sekolah Rendah...



Sebut pasal sekolah rendah, aku dulu bersekolah di SRK Awat-Awat. Seakarang dah tukar dah jadi SK.. Apa ya kenangan sekolah rendah, aku ni selalu jer jadi mangsa buli.. jadi tidak best la kenangan sekolah rendah ni. Tapi dah nama kehidupan, tidak semua yang tidak best... Hihihihi. Sewaktu darjah 1 aku tak berapa ingat apa kenangan aku, yang aku ingat semasa darjah satu, cikgu Zulaiha pernah pukul saya guna rotan banyak kali, sampai menangis saya dibuatnya, hihihi, apa2pun semua tu adalah untuk mendidik saya, sampai sekarang aku masih lagi boleh hubungi mereka kat facebook.. Hehehe, serius, banyak betul kenangan darjah 1 ni aku lupa, satu lagi aku ingat subjek bahasa English, guru besar yang ajar, Cikgu Tahir, dia tanya soalan kat kami, memang tak patut soalan tu, bisik kat kawan sebelah, kawan ni angkat tangan menjerit dan jawab.. semua gelak..hahaha, tapi jawapan yang saya bisik memang betul..
Masuk pula darjah dua, yang saya ingat, Cikgu Bakri jer yang suka buat Silap mata dalam kelas, hehehe, siap tukar duit 10 sen jadi 100 hengget...hahaha,
Darjah 3 pun saya banyak lupa, hahaha, pelupa sangat, darjah 4 pun lupa dan darjah 5 pun lupa, hahaha, yang saya ingat dalam persekolahan, saya sempat tinggal di sekolah di rumah guru besar, saya darjah 5 masa tu, kami adalah murid yang terpilih untuk tidur di sekolah, memang best, ibarat berasrama juga la kami ni.. Minggu pertama tinggal kat sana dah seram sejuk kes nampak hantu...hahaha, lawak betul laa... selalu la juga kami dilanda benda serupa, pernah juga kami budak lelaki dengar perbualam perempuan dalam bilik mereka, tidak lama lepas tu mereka kecoh pasal nampak hantu.. sekali kami tanya, mereka memang sudah tidur... jadi suara siapakah yang kami dengar tu???hahaha
Salah seorang cikgu yang masih saya cari sampai sekarang adalah cikgu Nur Athirah Dullie Binti Abdullah. Awal cikgu Nur mengajar kami, nama cikgu ni memang susah nak diingat, kami panggil cikgu Meg,Sampai sekarang, saya tak ingat nama penuh asal cikgu..hihi.. Saya ingat cikgu Nur selalu puji tulisan saya, yang saya nampak dia pun caring dengan saya, itu yang saya ingat dia sampai sekarang. Kira cikgu kesayangan saya semasa sekolah rendah la ni.. Kali terakhir saya nampak cikgu ni hanyalah di dalam kaca TV, iaitu dalam rancangan Bintang P. Ramlee dan Saloma di Kuching.. Lama x dengar khabar cikgu..
Maafkan kami cikgu ya sebab pernah buat cikgu terasa saat kami buat parti perpisahan semasa darjah 6, kami tak ajak cikgu sekali, ... Nampak sangat kami tak matang waktu tu.. sepatutnya cikgu lah yang kami jemput saat2 nak berpisah..hihihi.
Walaubagaimanapun, kenangan tetap jadi kenangan yang akan disimpan, cukup sekadar disini untuk kenangan sekolah rendah saya, hehehe, sebab banyak yang saya dah lupa. Dalam masa terdekat akan muncul pula kenangan di SMK Sundar.2001 dan 2002.


Gambar yang saya masukkan adalah gambar SK Awat-Awat..

2 comments:

  1. Salam adik Yus,

    Ckg bangga yus dah berjaya.. tak lama lagi nak jadi cikgu juga. Tahniah yus.. dengan wujudnya blog2 yus ni, ckg rasa yus memang akan lebih berjaya lagi di masa akan datang. Sekarang kita dah bertemu semula hasil pertolongan Facebook. Yaa, ckg masih teringat2 yang ada anak murid ckg yang mempunyai tulisan yang sangat cantik, cuma biasalah sbg guru, kadang2 nak ingat semua memang payah.. Tahniah dan syabas sekali yus.. Semoga Alla memberi rahmat atasmu dan juga keluargamu.. :)

    ReplyDelete
  2. Merit Casino, BV, M.S.A., EAST & EAST
    Merit Casino, BV, M.S.A., 메리트카지노 EAST & EAST; Merit Casino, BV, M.S.A., EAST deccasino & EAST; Merit Casino, BV, M.S.A., 온카지노 EAST, EAST, EAST, EAST

    ReplyDelete