Sunday, August 23, 2009

wira dalam bahaya


Sekarang kita masuk dahulu kepada kisah wira dalam bahaya di mana wira hampir mati lemas setelah berada lama dalam air. Kisah dia begini, ketika tu wira berumur kira-kira 5 atau 6 thun. Masa tu wira masih budak kan, jadi masih tidak tahu apa-apa la maknanya. Pada suatu petang tu, wira pergi berjalan-jalan seorang diri dalam kawasan kampung..Kampung wira ni atas air seperti yang berada dalam gambar di atas dan jalan yang digunakan dalam kawasan kampung itu adalah jambatan.. Petang tu, semasa wira sedang asyik berjalan, tiba-tiba dia terpijak lantai kayu yang dah remut dan wira hilang keseimbangan lalu jatuh ke dalam air. Semasa kejadian tu tidak ada seorang pun yang berada di sana. Air tidak la dalam sangat waktu tu tapi memang sudah cukup untuk melemaskan orang yang tidak pandai berenang. Wira tenggelam di dalam air, semasa tenggelam wira langsung tidak takut dan meronta-ronta dan dia juga menahan nafas dia. Mungkin secara tak sengaja kelebihan dalam badan wira telah memberikan tindak balas secara tidak langsung pada waktu tu. Setelah wira tenggelam dan kaki dia mencecah tanah, wira melonjakkan badannya ke atas lalu wira timbul. Kemudia wira tenggelam balik dan wira melakukan perkara yang sama. Kira-kira 5 minit wira berada di dalam air seorang diri sehinggalah datang seorang remaja perempuan ternampak wira lalu menyelamatkannya..
Jadi cuba anda semua bayangkan kalau kejadian ini berlaku kepada budak-budak lain yang tidak pandai berenang? Fikir-fikirkan sendiri....

Moral yang boleh diambil dri kisah wira kita ni adalah, budak kecik jangan kita biarkan merayau sorang2. Kat mana2 pun memang sama bahaya, kalau di kawasan air takut lemas, kawasan darat pula takut terlanggar kereta....hihihi
Akan bersambung....

No comments:

Post a Comment