Thursday, August 20, 2009

al-kisah


Al-kisah maka tersebutlah kisah kelahiran seorang wira... Wira ni dilahirkan di sebuah perkampungan dimana kampung tersebut sebuah tempat yang berdekatan dengan laut tetapi mempunyai kebun dibelakangnya.. Kalau nak difahamkan sikit kira Wira ni lahir di kampung yang terletak di kawasan kuala sungai yang besar..Itulah sebabnya tempat dia lahir ni dekat dengan laut dan dibelakang rumahnya pula adalah kebun.. Sejarah kelahiran wira adalah begini,untuk pergi ke bandar dari kampung wira ke bandar pada masa itu adalah menggunakan perahu. Kira-kira setengah jam la nak pergi ke bandar menaiki perahu. Semasa ibu wira turun melalui tangga untuk naik ke perahu, ibu wira terasa nak bersalin dah, jadi ibu wira naik semula masuk ke rumah. Jadi wira pun dilahirkan dikampung sahaja..tak sempat nak ke hospital.. Semasa baru lahir, muka wira nampak bercahaya.. sudah semestinya wira ni ada kelebihan kan, tetapi kelebihan dia akan kita ketahui la pada sambungan akan datang.. Itu saja la kisah wira yang tidak ada jodoh untuk dilahirkan di hospital..
Akan bersambung....

No comments:

Post a Comment