Monday, December 26, 2011

Kisah sebuah REUNION.

Dalam satu majlis reunion, aku merasa seronok kerana berjumpa dengan kawan2 aku semua yang pernah belajar sekali bersama ku. Kami makan bersama, kami minum bersama, kami bergelak ketawa bersama sambil mengenang kembali kisah yang telah kami lalui bersama.

Kegembiraan terbayang diwajah semua yang hadir. Aku merasa gembira melihat wajah kawan2ku setelah sekian lama tidak bertemu. Dalam pertemuan kami semula, kami memakai pakaian uniform sekolah. Kemungkinan tema ini ditentukan kerana kerinduan kami semua dengan zaman persekolahan kami yang begitu indah. Sepertinya zaman itu, kami adalah insan bertuah yang bebas dan tidak memikul banyak tanggungjawab yang besar. Zaman persekolahan kami juga terlalu banyak kenangan manis, kenangan yang membuat kami kerinduan, gelak sendirian dan selalu mencuit hati.

Dalam aku meraikan hari yang gembira bersama kawan, hatiku terdetik bahawa seorang kawanku tidak datang. Hatiku seakan-akan lega saat itu. Aku memandang ke pintu, aku berfikir sendirian, pastinya kawan aku ini tidak datang kerana perasaan bencinya yang terlalu kuat terhadapku. Aku sendiri merasa pelik kenapa kami seperti bermusuhan. Kenapa tiba2 kawanku membenci diriku. Aku merasakan, biarlah dia tidak ada saat reunion kami, kerana aku sudah seakan2 tidak sanggup lagi berdepan dengan orang yang membenciku dengan kuat tanpa aku ketahui puncanya.

Sekali lagi, aku melihat ke pintu, aku ternampak bayangan yang aku kenal, bayangan seseorang yang akan aku kenal walaupun jarak jauh, walaupun dari belakang dan seseorang yang aku akan dapat rasakan kehadirannya walaupun tidak melihatnya. Tiba2 aku terkejut kerana orang itu adalah kawan aku.. Aku melihat dirinya memandang ke arahku. Aku melihat raut wajah dan matanya. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya tanpa aku fahami.

Aku tidak sanggup melihat raut wajah dan matanya. Aku merasakan bahawa hati aku semakin terluka kerana dia membenciku tanpa ku ketahui sebabnya. Aku cuba mendongakkan kepala, namun aku tak berdaya. Mengapa kah aku jadi begini?? Mana dia keberanianku? Mana dia keyakinan diriku?? ke mana semuanya hilang?? Kenapa aku menjadi begitu dengan kemunculanmu???

Tiba2 sahaja, aku tersentak dan mataku terbuka. Rupanya aku hanya bermimpi. Aku hanya mendiamkan diri di atas katilku. Hatiku pun berkata, mimpi rupanya. Namun, SAYU mula melawat hatiku tanpa diundang dan disangka.

Tuesday, December 13, 2011

Pertemuan dan Perpisahan


Pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu pasti(Jep Sepah). Ramai juga mengatakan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi dalam kehidupan, kita tak akan dapat lari daripada semua itu, banyak pertemuan yang telah kita alami dan banyak juga perpisahan yang kita hadapi. Dalam pertemuan kehidupan saya di Universiti, kali ini saya akan menghadapi perpisahan dalam masa yang terdekat. Kira-kira sebulan lagi, saya akan berpisah dengan warga UPSI, kawan2 pendidikan Khas UPSI, kenalan di UPSI, pensyarah2 di UPSI dan juga yang aku sayangi, keluargaku warga SEARAH.
Dalam menghadapi saat ini, perasaan akan menjadi bercampur-baur dimana untuk meraikan tamatnya pengajian ISMP, tamatnya kehidupan yang penuh ujian dan dugaan, kembalinya diri kepada keluarga yang selalu dirindui saat berjauhan akan disertai dengan perasaan duka iaitu perasaan menghadapi sesuatu PERPISAHAN.
Kepada semua yang dikenali, diriku ingin memohon seribu kemaafan dengan penuh keikhlasan jika ada ku lakukan kesilapan tanpa ku sedari dan aku menyedarinya. Halalkan makan minum dan segala apa2 benda yang aku terpakai dan pakai atau gunakan...
Dalam sebuah pantun, Kalau ada jarum yang patah , jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan didalam hati.

Dengar sini teman2
kata2 buat pedoman
kalau salah oh maafkan
dalam hati jangan simpan.

Ku bicara soal teman,
kata2 buat panduan,
pensyarah kita beri ajaran,
ajarannya jangan diabaikan.

Kenapa oh kenapa terjadi pertemuan
kerana oh kerana UPSI.
Kita kawan jangan lawan
sampai nanti berjauhan.

Kenapa oh kenapa terjadi perpisahan
kerana oh kerana takdir Tuhan,
Kita kawan jangan lawan,
Sampai nanti berjauhan.

Tuesday, July 26, 2011

ADIL kah kita?


Salam semua, sekarang ini saya selalu tertanya-tanya kepada diri saya sendiri,ADILKAH AKU?
Selalu bermain di fikiran untuk menimbang keadilan diriku. Sikap adil ini merangkumi kepada adil kepada diri sendiri, ahli keluarga, kawan2, kepada guru kita, pelajar kita dan adilkahkita terhadap Tuhan. Sama2lahkita memikirkannya ya kawan2 semua.. Berfikirlah kita kerana kita telah dikurniakan akal fikiran.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua insan yang pernah menemui diri ini,pernah menghubungi diri ini tidak kira pernah bersua muka atau tidak. Mudah2an anda semua akan dirahmatiTuhan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.>> ('',)

Monday, July 25, 2011

Pesanan Doktor.


"Ali, barang lepas jangan dikenang".
Satu ayat untuk difikirkan. Satu ayat membuat ku menangis, satu ayat mempunyai maksud yang sangat dalam untuk diriku.. Satu ayat yang seakan-akan memberi kesedaran kepadaku setelah banyak tahun berlalu. Satu ayat yang ku post dalam blog ni, satu ayat yang...apa2 jer laa...hahahaha...

Friday, July 22, 2011

Madu dan Racun



Dalam kehidupan kita ni pasti banyak pengalaman asam garam kehidupan. Seperti pengalaman hidup saya sendiri, betapa sakitnya hati jika kita berikan 'madu' kepada seseorang tetapi dibalas dengan 'racun'... Sakit.. Ini bukan kisah rumah tangga pula madu manis bagi lelaki pahit bagi wanita.. Ha3x.. Tetapi cuma satu sahaja yang mampu ku lakukan apabila 'madu' berbalas 'racun' iaitu SABAR dan TERUS BERSABAR. Aku berdiam sahaja. tetapi diamku penuh isi dan makna. Tindakan bijak patut diambil. Biar semuanya dalam keadaan baik... INSYAALLAH....

Tuesday, July 19, 2011

Perjalanan Tanpa Arah

Pada suatu hari, kakiku mengatur langkah untuk satu perjalanan tanpa tujuan yang pasti. Entah, kenapa aku melangkahkan kaki. Seakan-akan kotak fikirianku berkecamuk, dan tidak dapat memberi tumpuan untuk sesuatu yang baik.
Apa yang bagus dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang hamba Allah yang begitu bagus ilmu pengetahuannya. Melihat gaya tutur caranya berbicara serta pengisiannya memang dia bukan orang sembarangan. Dia banyak belajar melalui pembacaan namun sangat jelas dia seakan-akan memperoleh taufik dan hidayah daripada Allah kerana setiap penerangannya yang diberikannya sungguh jelas dan benar. Berlainan pula dengan seseorang yang berguru tetapi tersesat dalam berilmu.
Apa-apapun, perjalanan mengikut gerak hati itu memberikan aku sesuatu yang baru. Alhamdulillah.

Friday, July 15, 2011

Persaingan


Salam semua, sekarang saya akan mengongsikan pula gaya pembelajaran saya semasa berada di Tingkatan 6. Sebenarnya,gaya pembelajaranyang saya rasakan semasa tingkatan 6 sangat berbeza dengan pengalaman saya berada di tingkatan 1-5. Sebab semasa berada di tingkatan 1-5 saya tidak pernah merasai sesuatu persaingan dalam belajar. Yang saya tahu Cuma nak lulus dan nak lulus.

Semasa selepas peperiksaan pertama saya di tingkatan 6 bawah, ramai kawan bertanya berapa keputusan setiap kertas peperiksaan. Jika markah saya lebih tinggi, sangat jelas muka tidak puas hati mereka terpampang. Tapi setakat pandangan macam tu saya tidak terasa persaingan sangat. Sehinggalah kawan yang duduk disebelah saya melihat markah saya dan dia membuat muka tidak puas hati dan geram. Secara terus terang kawan tu cakap depan saya, “lepas ni saya akan kalahkan kamu!!!”

Mendengar ayat itu, saya terus terkejut dan tiba-tiba merasai sesuatu persaingan akan saya sahut dan terasa satu semangat baru telah masuk ke dalam diri saya untuk tidak kalah kepada kawan tersebut. Sepanjang dalam tingkatan 6 itulah saya mula ingin bersaing dengan kawan tersebut. Dia adalah saingan saya yang paling utama walaupun banyak lagi kawan lain di dalam kelas menampakkan muka tidak puas hati setiap kali keputusan saya lebih baik daripada mereka. Hal ini kerana kawan sebelah saya telah menyatakan dengan jelas dan secara lisan akan mengalahkan saya.

Apa-apapun keputusan yang kami dah perolehi, ramai kawan-kawan saya sudah sampai ke puncak kejayaan dan mencapai impian mereka. ‘’TERIMA KASIH WAHAI KAWAN KERANA BERSAING BERSAMAKU’’…

Moral : Persaingan yang sihat akan meningkatkan potensi diri anda!!!

Monday, July 11, 2011

Cerita kala mata tak boleh tidur


Salam sejahtera semua, tunggu mata mengantuk nak tidur,mata masih tak nak tidur lagi, Nak buat sesuatu yang menyeronokkan macam main game atau edit photo memang boleh sampai ke pagi ni tak tido. Internet xda, Jadi aku buka Microsoft word ni lalu menaip apa saja yang nak ditaip sebab idea pun tak muncul-muncul. Jadi saya tulis secara spontan jer lah.

Dalam sedar tak sedar, dah sampai tahun akhir pula saya belajar di menara gading. Bila diingat balik dari UPSR, PMR dan SPM,saya memang lemah dalam pelajaran. Oleh sebab itu ramai orang merasa hairan jika melihat keputusan peperiksaan yang lemah ini pun boleh belajarsampai masuk Universiti. Hermm… kenapa boleh masuk U? Yer laa sebab keputusan STPM lulus. Tapi kenapa keputusan STPM jauh lebih baik berbanding UPSR,PMR dan SPM sebelum ini?

Inilah saya nak kongsi sikit, sebenarnya untuk UPSR, saya tidak mendapat 1 A pun, dan ada satu subjek D, gagal. PMR pula tidak ada A dan ada 2 D. Dan SPM pun sama tidak ada A dan ada 1D. Dalam 3 peperiksaan ini saya tidak pernah mendapat A. Saya juga selalu gagal dalam Ujian Bulanan atau peperiksaan Sekolah. Jika diikutkan, melihat keputusan saya memang saya ingin terus bekerja sahaja sebab nampak sangat lemah dalam pelajaran. Lagipun lepas SPM saya ada ditawarkan kerja. Tetapi saya tetap inginsambung belajar. Tahu kenapa saya tetap terus belajar? Salah satu adalah sebab adanya kata-kata (motto) yang saya pegang dari sekolah rendah lagi iaitu GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMA-LAMANYA.

Sampai sekarang saya masih pegang kata-kata ini, dan hari ini saya diibaratkan GAGAL untuk sesuatu impian, tetapi kita mesti ingat, kegagalan yang dihadapi bukan penghujung segalanya. Ibarat kita terlepas bas, pasti aka nada bas lain lagi. Jika tidak ada bas naik kereta api la pula.

(Sunday, 10 Julai 2011/ 2.50am)

Tuesday, July 5, 2011

Kisah Hantu di SMK Kubong part 3 (akhir)

Episod akhir cerita hantu di SMK Kubong, sesampainya kami di asrama pada malam itu, kami duduk bersembang untuk mendengarkan pengalaman cerita masing-masing. Cerita 1, sebenarnya semasa berada dibukit, beberapa orang kawan melihat hantu terbang dari lampu jalan ke lampu jalan yang 1 lagi berulang-alik. Seperti hantu itu sengaja ingin menunjukkan dirinya. Hanya beberapa orang je yang nampak hantu itu, kemudian, cerita 2, kawan saya yang melihat kepala hantu bergoyang-goyang mengikut tangan saya. Saya cakap benda tu daun. Tapi kawan tu cakap dia nampak kepala.

Sambung pula cerita 3, 2 orang kawan melihat hantu yang sama iaitu hantu yang terbang tadi di blok kelas. Mereka nampak hantu tu di tangga tapi mereka tetap buat biasa jer. Cerita 4 adalah berkaitan bunyi suara orang bergurau dan berlari di blok kelas. Ingatkan kawan rupanya bukan sebab kawan saya berada di kawasan lain dan jauh dari bunyi tu datang.

Dan cerita terakhir adalah semasa di asrama, semasa kami sedang rancak berbual tiba2 seorang kawan 1 kamar bangun dari tidur berlari ke arah kami dengan berpeluh, ketakutan dan kelam-kabut. Dia kata dia nampak hantu terbang menuju ke bukit. Dia nampak melalui tingkap. Jadi, saya meminta dia menceritakan bentuk dan ciri2 hantu tersebut. Sekali didengar,memang bentuk dan ciri2 yang diceritakan sangat sama dengan apa yang kawan2 saya nampak semasa di bukit. Jadi malam itu saya memang percaya mereka ada melihat benda tu kerana kawan yang satu kamar tu tidak ikut sekali dengan kami ke bukit malam tu dan dia langsung tidak menyertai kami malam tu. Malam itu, berhimpit2 mereka tidur, siap ada member kata nak tido sekatil.. Ha3x..

Friday, July 1, 2011

Kisah Hantu di SMK Kubong part 2

Selepas jam 12 tengah malam tu, tiba-tiba terasa bertambah seram, kami tetap menunggu dengan penuh debaran. Kami ternampak 1 pokok kecil berukuran ketinggian paras bahu bergoyang-goyang. Yang peliknya pokok yang bersebelahan pokok tu tidak bergoyang. Kami saling berpandangan dan mengangguk tanda ada sesuatu sudah datang. Dalam masa itu, ada beberapa orang kawan nampak sesuatu terbang dengan rambut menghurai ke depan menutup muka. Panjang rambut tu adalah hingga ke paras lutut. Mereka cuma mendiamkan diri. Kemudian saya pula melihat satu daun pisang bergoyang dan saya memberi isyarat kepada kawan2 yang lain. Kawan yang seorang ni pelik melihat saya. Dia lihat ke tempat yang saya tunjuk, kemudian dia toleh muka saya. Dia ulang semula tengok kepada daun dan toleh saya semula. Bila ditanya selepas balik asrama, rupanya dia nampak itu bukan daun, tapi kepala berambut panjang menutup muka.. Huhuhu.

Sehabis menunggu di atas bukit, kami bergerak ke blok kelas pula sebab saya pernah kena ganggu dekat sana waktu berjalan seorang-seorang waktu malam. Jadi, setibanya kami di blok kelas, kami berpecah dua orang untuk setiap aras sekolah. Selesai meronda satu pusingan, kami akan berkumpul ditempat yang ditetapkan. Semasa menunggu 2 orang kawan kembali ke tempat berkumpul semula, kami terdengar bunyi orang berlari dan bergurau di tingkat atas kami, kami fikir kawan yang 2 orang itu berlari dan bergurau. Tidak sampai 5 saat kemudian, 2 orang kawan tadi muncul di aras yang sama dengan kami. Kami terkejut dan berpandangan sesama sendiri. Saya mengarahkan semua kawan2 supaya terus balik ke asrama. Kami Cuma mendiamkan diri sahaja sehingga sampai ke asrama.

Cerita akan disambung pada minggu hadapan sebab sekarang nak masuk kelas. Saksikan kesimpulan untuk cerita hantu ini.