Friday, July 1, 2011

Kisah Hantu di SMK Kubong part 2

Selepas jam 12 tengah malam tu, tiba-tiba terasa bertambah seram, kami tetap menunggu dengan penuh debaran. Kami ternampak 1 pokok kecil berukuran ketinggian paras bahu bergoyang-goyang. Yang peliknya pokok yang bersebelahan pokok tu tidak bergoyang. Kami saling berpandangan dan mengangguk tanda ada sesuatu sudah datang. Dalam masa itu, ada beberapa orang kawan nampak sesuatu terbang dengan rambut menghurai ke depan menutup muka. Panjang rambut tu adalah hingga ke paras lutut. Mereka cuma mendiamkan diri. Kemudian saya pula melihat satu daun pisang bergoyang dan saya memberi isyarat kepada kawan2 yang lain. Kawan yang seorang ni pelik melihat saya. Dia lihat ke tempat yang saya tunjuk, kemudian dia toleh muka saya. Dia ulang semula tengok kepada daun dan toleh saya semula. Bila ditanya selepas balik asrama, rupanya dia nampak itu bukan daun, tapi kepala berambut panjang menutup muka.. Huhuhu.

Sehabis menunggu di atas bukit, kami bergerak ke blok kelas pula sebab saya pernah kena ganggu dekat sana waktu berjalan seorang-seorang waktu malam. Jadi, setibanya kami di blok kelas, kami berpecah dua orang untuk setiap aras sekolah. Selesai meronda satu pusingan, kami akan berkumpul ditempat yang ditetapkan. Semasa menunggu 2 orang kawan kembali ke tempat berkumpul semula, kami terdengar bunyi orang berlari dan bergurau di tingkat atas kami, kami fikir kawan yang 2 orang itu berlari dan bergurau. Tidak sampai 5 saat kemudian, 2 orang kawan tadi muncul di aras yang sama dengan kami. Kami terkejut dan berpandangan sesama sendiri. Saya mengarahkan semua kawan2 supaya terus balik ke asrama. Kami Cuma mendiamkan diri sahaja sehingga sampai ke asrama.

Cerita akan disambung pada minggu hadapan sebab sekarang nak masuk kelas. Saksikan kesimpulan untuk cerita hantu ini.

No comments:

Post a Comment