Wednesday, April 6, 2011

Sekolah Menengah Aku..


Hmm, SM aku yg pertama adalah SMK Sundar. Semasa bersekolah di sini, aku adalah pelajar sesi petang dan aku tinggal di asrama untuk Tingkatan 1.. Kenangan permulaan sekolah adalah escape dari sekolah pada hari ke 3 aku mula bersekolah... baru2 nak esacape kan..kantoi juga bila kena psiko oleh cikgu..huhuhu.. Semasa berasrama ni la aku mula byk bergaul dengan orang terutama sekali kaum Lun Bawang.. Seronok berkawan dengan mereka.. Hahaha, siap dipelawa makan B*B*.. Tp aku x terima sebab aku dah syak awal2 dah..lagipun mereka x paksa.. Dekat sekolah ni juga aku belajar buat lastik, makan kelapa sawit bakar. Kami buat lastik sebab ada kecoh pasal 'pengait' iaitu orang yang dikatakan memotong kepala orang tujuan untuk dicampurkan dekat bangunan,.. Sampai sekarang aku x tahu ni cerita betul ke tidak sebab dalam media xda pun..huhuhu. Semasa tingkatan 1 ni, aku dapat anugerah pelajar cemerlang tingkatan 1B.. bangga gitu..haha.. Macam tak percaya saja sedangkan setiap minggu ada saja hukuman diterima, jalan itik adalah hukuman utama untuk aku.. Hahaha,
Semasa tingkatan 2, aku dah x tinggal di asrama. Jadi aku mula pergi ke laut dalam pukul 4 pagi dan balik dalam pukul 9. Selepas balik bersiap la aku untuk ke sekolah..lumayan juga pendapatan aku waktu tu.. Tapi yang pasti pelajaran aku semakin merosot..huhuhu.. Pergaulan dengan kawan pun dah makin menjadi2.. remaja baru kan..huhuhu..kuat melepak. Sampai waktu nak exam, aku dah x dibenarkan turun ke laut lagi..sedihnya tapi ada kebaikan mak aku buat mcm tu.. hihihi.. Kalau x silap semasa tingkatan 2 ni pernah juga aku escape lagi dengan kawan2, kami x balik rumah tapi kami melihat orang belajar silat.. Minat juga ni dengan silat..hahaha.. Harap2 jangan diikut perangai buruk aku ni..

Seterusnya adalah SMK Limbang, Hahaha, Smk Limbang ni aku mula bersekolah semasa tingkatan 3, asalnya mak aku suruh bersekolah d SMKSPL. Tapi pengetua kat sana kata sekolah dah penuh.. Aku yakin pengetua x terima sebab melihat penampilan rock aku.. rambut panjang, pakaian seragam hitam..huhuhu.. Jadi lepas ditolak aku gunting rambut, masuk SMK L..hihihi, kat sekolah ni banyak juga kenangan kelas dan rakan2.. Tingkatan 3 aku kelas G, memang kelas bawah la, hahaha, kelas ni yang bestnya memang nakal, sampaikan dua orang cikgu kami sakin tahun tu..Ganas sangat ke? hahaha. Nasib2... Paling x bleh lupa seorang kawan ni, tiap2 hari ada je telatah menggelikan hati, yang pasti kalau masa nak balik, belum lagi masa tamat dah pegang beg berdiri x jauh pintu..kata van sekolah nak jalan sudah..hahaha.. Tapi dugaan untuk aku juga la sekolah kat SMK ni, sebab pengangkutan keluarga xda, terkadang jalan kaki juga aku jawabnya dari sekolah ke rumah.. Jarak aku x pasti, mau setengah jam juga jalan kaki.. Semasa tingkatan 3 ni, selalu juga aku akan turun ke bandar lepas sekolah, ganti shift ngan ayah aku, jual ikan kat pasar..
Masuk pula tingkatan 4, aku dinaikkan kelas..aku dapat kelas D, kelas sains tu, aku ambil akaun, kimia dan biologi.. Memang kira minat juga la dengan subjek ni..hihihi..Semasa dekat kelas D ni laa juga seronok aku rasa, sebab kategori kelas pandai, lepas tu bila kelas dah atas bukit, campur ngan budak sekolah rendah, kantin waktu rehat x perlu berebut nak beli barang makan..hihihi, sayangnya dalam bulan 7 aku ditendang ke kelas sastera, kelas 4E.. Hmmm, berputus ada juga aku bila ditendang, aku dah x mau nak belajar betul2.. Kesalahan aku buat pun sebab x datang kelas EST jer sekali sebab memang aku xda kenderaan.. Kalau cikgu tu x suka mcm2 la alasan dan cara kan nak singkirkan student.. Cikgu ni pun 1, boleh2 pula dah jumpa balik selepas 2 tahun dia x ingat sy merupakan pelajar yg dia tendang..Hmm...siapalah aku di hatimu cikgu..
.Kemudian Tingkatan 5, aku xnak cerita panjang, motivasi makin naik dah, semangat nak belajar semakin tinggi, hahaha, pelajaran semasa tingkatan 4 aku belajar dengan mijul secara sendiri, aku mula makin serius belajar, siap pinjam buku tingkatan 4 kat cikgu..hahaha.. semangat tu... Cuma yang menghampakan aku guru sejarah aku yang cepat tewas dan putus asa, sebab kelas kami pun antara yang nakal, jadi sebab x tahan, kira2 3 bulan jer cikgu tu masuk, seterusnya lesap entah kemana.. Kesian pelajar2... Kalau nak jadikan contoh pula cikgu matematik aku ni, aku dah x tau buat matematik, jadi aku xnak buat, tiap2 hari dia bagi kertas soalan kat kami semua, kami x jawab.. setiap kali masuk kelas mesti macam tu juga cikgu tu.. sehingga kami sendiri tersedar betapa mulianya cokgu, x jemu2 memberi walaupun x kami hargai.. selepas tersedar, apa tugasan cikgu tu bagi aku buat.. Alhamdulillah Matematik aku buat julung kalinya lulus..hahaha...dibawah ni logo SMK Limbang.


Aku rasa sini jer dulu, panjang pula nanti penulisan, lepas ni mungkin aku akan masuk kisah aku di SMK Kubong la pula, dari awal sana sampai akhir kat sana.. Mungkin lagi panjang dari kisah ini..hahaha, Tapi satu masa aku x lupa kisah SMK Limbang ni adalah aku main kejar ngan pengetua.. Maafkan saya tuan pengetua sebab terlampau nakal satu ketika dulu..hihi

No comments:

Post a Comment