Wednesday, April 13, 2011

Bermula Kita Di Sini (SMK Kubong)


Bermula kita di sini, memang betul seperti lagu sekolah ini, di sekolah ini juga la aku bermula untuk mencapai semua matlamat dan impian yang aku inginkan. Bermula di Sekolah ini, aku mula menjadi pelajar yang aktif, bermotivasi dan banyak permulaan bermula disini. Tidak kira daripada sosial, fizikal, budaya akademik dan sebagainya. Hehehe, kalau ikutkan, memang banyak lagi kisah kat sini.
Bermulanya aku melangkah ke Sekolah ini adalah pada hari ahad, hari itu cuma berbincang dengan ketua warden berkaitan penempatan aku di asrama. Hari isnin, hari pertama aku jejak kaki ke sekolah ini, aku pergi ke ruang serbaguna dan di sana aku membaca papan tanda yang bertulis. Aku baca dan semakin bermotivasi diri ini dibuatnya. Aku pun pergi ke pejabat PKHEM untuk ketahui kelas aku dan diwaktu itu aku memilih kelas perniagaan. Sebab memang aku berminat. Jadi, aku cuba mencari kelas 6B4.. Setelah sampai kelas, kali pertama masuk kelas itu betapa sayunya hati melihat kawan2 bergaul sesama sendiri dan kelas tidak begitu ceria.. Hahaha, aku mula lah bercerita ngan kawan2 yg lelaki, kebetulan aku dah kenal Faizal.. Huhuhu.. Jadi, aku duduk di sebelah Aman.. Masuk pula cikgu Elly, dia tanya kenapa aku pilih kelas itu? Mesti sebab kawan dengan Aman kan.. Lepas tu aku tanya balik kat cikgu, siapa Aman tu cikgu? Hahaha, Aman sebelah aku la, aku bawa bercerita tapi x tanya nama langsung..keh3x.. Kalau x silap aku hari pertama ini cikgu kaunseling masuk kelas.. Mula itu la aku minat bidang kaunseling..kah3x.
Masih lagi hari pertama, masuk pula cikgu Dyg Arnah.. Dia mula mengajar kami PA.. Jadi cikgu pun tanya soalan ciri-ciri sebuah negara.. Saya terus menjawab sebab dah belajar semua tu waktu PLKN.. menjawab dengan penuh yakin.. Dah selesai bincang, cikgu tanya dalam semua ciri tu, yg mana paling penting? Saya pula cube bertegas menjawab semua penting dan jika kurang salah 1 maka itu bukan sebuah negara.. Huhuhu.. Berlawan sekejap dan selepas tu saya akur dengan pendirian cikgu.. Saya pilih daulat yang paling penting.. Tapi salah sebab cikgu cakap, yang paling penting adalah RAKYAT sebab rakyat yang akan cari tanah, bina kerajaan dan daulat..hihihi.. Ingat lagi cikgu kata nampak aura kelas kami tapi dia kata jangan "hangat-hangat tahi ayam jer" hahaha...
Kemudian, mula lah pula untuk mengenali kawan2 di dalam kelas, bermula dengan lelaki, kemuadian perempuan. Perempuan 1 kelas aku x tegur, tapi adalah kisah ngan kawan lelaki, aku cakap la, senang jer nak kenal dengan perempuan, tanya jer la terus nama.. Lepas tu mereka suruh saya buat, jadi saya tunjuk la kat mereka.. Tapi mereka x puas hati dan tunjuk lagi kawan yang lain.. Hahaha.. Aku pun apa lagi, pergi jer laa.. mereka pun dah cabar.. Jadi aku pun berkenalan dengan kawan 1 kelas yang mereka pilih.. Kawan yang dianggap susah untuk diajak berbual kerana nampak macam skema jer,,hihihi. sebab kawan ni dia baca buku wlupun belum pernah ada kelas dimulakan sebelum tu.. Dah tu x nampak bergaul pula.. Itu yang membuat kami takut2 untuk tegur.. Tapi saya berjaya juga tegur dan bercerita panjang dengan dia. Ingat kata2 kawan lelaki " lepas ni x berani lagi kami mau cabar orang lepas PLKN ni.." hahaha..
Rasanya cukup laa aku ceritakan kisah hari pertama aku masuk sekolah ni...
P/S: Ingat lagi aku set up kawasan tidur aku kat asrama macam PLKN, tuala lipat hujung katil, kasut susun bawah katil...Hahaha.. dan wilson tegur, ini bukan PLKN laa..Keh3x

2 comments:

  1. wow!ada blog rupanya...hehhehe...love smk kubong!

    ReplyDelete
  2. blog mengisahkan diri sendiri..mana tau dah tua lupa, baca blog ni balik..hahaha

    ReplyDelete