Friday, July 15, 2011

Persaingan


Salam semua, sekarang saya akan mengongsikan pula gaya pembelajaran saya semasa berada di Tingkatan 6. Sebenarnya,gaya pembelajaranyang saya rasakan semasa tingkatan 6 sangat berbeza dengan pengalaman saya berada di tingkatan 1-5. Sebab semasa berada di tingkatan 1-5 saya tidak pernah merasai sesuatu persaingan dalam belajar. Yang saya tahu Cuma nak lulus dan nak lulus.

Semasa selepas peperiksaan pertama saya di tingkatan 6 bawah, ramai kawan bertanya berapa keputusan setiap kertas peperiksaan. Jika markah saya lebih tinggi, sangat jelas muka tidak puas hati mereka terpampang. Tapi setakat pandangan macam tu saya tidak terasa persaingan sangat. Sehinggalah kawan yang duduk disebelah saya melihat markah saya dan dia membuat muka tidak puas hati dan geram. Secara terus terang kawan tu cakap depan saya, “lepas ni saya akan kalahkan kamu!!!”

Mendengar ayat itu, saya terus terkejut dan tiba-tiba merasai sesuatu persaingan akan saya sahut dan terasa satu semangat baru telah masuk ke dalam diri saya untuk tidak kalah kepada kawan tersebut. Sepanjang dalam tingkatan 6 itulah saya mula ingin bersaing dengan kawan tersebut. Dia adalah saingan saya yang paling utama walaupun banyak lagi kawan lain di dalam kelas menampakkan muka tidak puas hati setiap kali keputusan saya lebih baik daripada mereka. Hal ini kerana kawan sebelah saya telah menyatakan dengan jelas dan secara lisan akan mengalahkan saya.

Apa-apapun keputusan yang kami dah perolehi, ramai kawan-kawan saya sudah sampai ke puncak kejayaan dan mencapai impian mereka. ‘’TERIMA KASIH WAHAI KAWAN KERANA BERSAING BERSAMAKU’’…

Moral : Persaingan yang sihat akan meningkatkan potensi diri anda!!!

No comments:

Post a Comment