Monday, July 11, 2011

Cerita kala mata tak boleh tidur


Salam sejahtera semua, tunggu mata mengantuk nak tidur,mata masih tak nak tidur lagi, Nak buat sesuatu yang menyeronokkan macam main game atau edit photo memang boleh sampai ke pagi ni tak tido. Internet xda, Jadi aku buka Microsoft word ni lalu menaip apa saja yang nak ditaip sebab idea pun tak muncul-muncul. Jadi saya tulis secara spontan jer lah.

Dalam sedar tak sedar, dah sampai tahun akhir pula saya belajar di menara gading. Bila diingat balik dari UPSR, PMR dan SPM,saya memang lemah dalam pelajaran. Oleh sebab itu ramai orang merasa hairan jika melihat keputusan peperiksaan yang lemah ini pun boleh belajarsampai masuk Universiti. Hermm… kenapa boleh masuk U? Yer laa sebab keputusan STPM lulus. Tapi kenapa keputusan STPM jauh lebih baik berbanding UPSR,PMR dan SPM sebelum ini?

Inilah saya nak kongsi sikit, sebenarnya untuk UPSR, saya tidak mendapat 1 A pun, dan ada satu subjek D, gagal. PMR pula tidak ada A dan ada 2 D. Dan SPM pun sama tidak ada A dan ada 1D. Dalam 3 peperiksaan ini saya tidak pernah mendapat A. Saya juga selalu gagal dalam Ujian Bulanan atau peperiksaan Sekolah. Jika diikutkan, melihat keputusan saya memang saya ingin terus bekerja sahaja sebab nampak sangat lemah dalam pelajaran. Lagipun lepas SPM saya ada ditawarkan kerja. Tetapi saya tetap inginsambung belajar. Tahu kenapa saya tetap terus belajar? Salah satu adalah sebab adanya kata-kata (motto) yang saya pegang dari sekolah rendah lagi iaitu GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMA-LAMANYA.

Sampai sekarang saya masih pegang kata-kata ini, dan hari ini saya diibaratkan GAGAL untuk sesuatu impian, tetapi kita mesti ingat, kegagalan yang dihadapi bukan penghujung segalanya. Ibarat kita terlepas bas, pasti aka nada bas lain lagi. Jika tidak ada bas naik kereta api la pula.

(Sunday, 10 Julai 2011/ 2.50am)

No comments:

Post a Comment