Thursday, June 30, 2011

Kisah Hantu di SMK Kubong part 1


Salam semua, harap dimaafkan lah sebab lambat untuk mengemaskini blog ni. Maklumlah sekarang ni tengah praktikal di salah sebuah sekolah di Shah Alam. Jadi untuk menjadi cikgu ni, kena keluar dari kebiasaan untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. Apa-apa jer lah..

Sekarang saya nak cerita pula berkaitan kisah hantu di SMK Kubong ni. Kisah ni pun saya tidak tahu ada betul ke ada salah. Jadi, kamu fikirlah sendiri sebab saya sendiri pun tak nampak hantu tu.

Kisah bermula dengan kami penghuni kamar 9 bercerita kisah seram. Ada juga yang bercerita kisah yang diceritakan oleh pengawal sekolah. Tiba-tiba, ada seorang kawan memberi cadangan untuk mencari hantu di sekolah ini. Mula2 memang saya tidak setuju untuk mencari hantu. Tetapi melihat kesungguhan mereka, saya setuju untuk membawa mereka mencari hantu dengan syarat seminggu dari itu mereka akan mendengar nasihat saya untuk persediaan mencari hantu. Salah satu nasihat saya adalah, jangan lari jika nampak sesuatu dan jangan sesekali mencabar benda tu.

Seminggu kemudian, saya tak ingat malam apa kami pergi tu. Sebelum pukul 12 tengah malam, kami mula bergerak ke atas bukit sekolah tempat terletaknya tangki air sekolah. Awal perjalanan, beberapa orang kawan sudah berpatah balik kerana merasa takut. Jadi saya cakap kepada kawan yang lain, jika rasa takut, bagus patah balik kerana saya takut ada masalah muncul. Jam mendekati pukul 12 tengah malam, kami menunggu dengan keadaan yang sunyi dan suram. Kami tidak berkata sepatah pun waktu itu. Dalam menunggu, mata kami cuba mencari jika ada sesuatu yang pelik. Selepas jam melebihi jam 12 tengahmalam, barulah kami merasa sesuatu yang pelik, malam semakin suram, angin mula bertiup perlahan dan sesuatu perasaan pelik mulai terasa... Tiba-tiba....

(masa persekolahan dah habis, nak rehat sekejap. InsyaAllah esok saya post sambungannya)

2 comments:

  1. punyala semangat mmau baca ni tadi..adeii hahaaha

    ReplyDelete
  2. Hihihihi... x sempat nak habiskan...

    ReplyDelete